Tag Archive: marvelon


Dalam post terdahulu yg menceritakan betapa aku mengalami haid yg tidak henti apabila menggunakan pil marvelon, menyebabkan aku fobia utk mengambil mana2 pil perancang kehamilan yg lain. Tp pihak klinik menegaskan pengambilan pil utk cegah kehamilan. Oleh itu aku seterusnya diberi Rigevidon. Mungkin kerana psikologi yg kuat dalam diri dan fobia terhadap Marvelon, kali ini aku juga mengalami kesan selepas makan pil Rigevidon. Kali ini lagi pelik…gusi terasa gatal n mula membengkak dan ia menyebabkan gigi terasa longgar dan mahu tercabut. Setiap kali memberus gigi pula, gusiku akan berdarah. “Apa kena la aku ni?? tiap kali ambik pil perancang kehamilan, mesti ada2 je komplikasi“… Kerana tidak tahan, sekali lagi aku berjumpa Doc dan Skali lg Doc mencadangkan cara semulajadi sahaja.

Sejak itu la aku mengambil Majun Petani. Memang berkesan bagiku,..dah la rasanya pun sedap – harum rempah dan manis madu. Harga pun murah (pd ms itu). Bangun pagi2, badan akan terasa ringan dan panas…dan menjadikan pipi merah naik seri – mungkin kerana peredaran darah berjalan lancar. Tapi itu semua dulu punya cerita…sekarang dh kurang seri merah2 kat pipi coz sekarang dh tak amalkan lg majun tu, sebab makin hari makin malas pulak. So…alternatif lain yg seterusnya dicadangkan kepadaku adalah cara suntikan.

Cara ini dicadangkan oleh seorang Doc klinik luar setelah aku bertanya berkenaan cara “implant” di tangan yg digunakan oleh sstgh kenkawan sekerja. Nama lain nya Implanon. Kedengaran amat mudah digunakan lebeh2 lagi jarak masa yg panjang iaitu ditukar setiap 3 atau 5 tahun mengikut mana2 yg kita pilih. Setiap kebaikan, ada keburukan. Pertama adlh kosnya mahal sehingga mencecah RM800 sekali implan. Keduanya, ia tidak semestinya sesuai dgn tubuh badan seseorang. Tetap ada risikonya sama seperti mana2 cara pencegahan kehamilan seperti pil mahupun injeksen. Sekiranya tidak sesuai dgn tubuh badan, kita terpaksa menahan kesannya sehingga habis jangkamasa implan yg kita pilih : samada 3 atau 5 tahun..huhu Memang suatu tempoh masa yg lama. Memandangkan aku jenis yg alah pd pil seperti sebelum ini, maka aku tidak berani merisikokan diri mengambil implan, juga mengenangkan kosnya yg mahal. 

Oleh itu, aku mencuba injeksen, Depo-Provera. Indah sungguh namanya…mudahan sesuai bagiku.. Kedengaran seperti Aloe vera (tumbuhan berlendir), vegivera (minuman serbuk jus daun gandum keluaran Zhulian), primavera (hahaha….butik kasut). Ia diambil setiap 3 bulan sekali dan kosnya juga murah. Sekali injeksen dalam RM25-RM30 shj mengikut klinik. Keburukan nya yang pasti adalah, 90% penggunanya akan mengalami kenaikan berat badan. *gulp**ini yg aku takmau dengar…..* huhu tawakkal ajer la. Suntikan diberikan pd punggung kerana jumlah cecair yg banyak. Sekiranya kita dicadangkan diberi suntikan pd lengan, maka, jangan sesekali bersetuju kerana jumlah kemasukan suntikan cecair yg banyak ke lengan bleh menyebabkan lengan lemah. Ingat itu tau…kerana sstgh klinik luar, mahu ambil jalan cepat dgn menyuntik ke lengan shj. Selepas disuntik, aku diberi kad kecil yg menyatakan tarikh next suntikan dan tertulis berat badan utk tujuan monitoring. 

Setakat menulis artikel ini, dah 2 kali suntikan Depo-Proera aku ambil, Dan yg bestnya…aku termasuk dlm golongan 10% yg tidak naik berat badan. Malahan, berat badan aku menurun 2kg drpd suntikan pertama. Syukur pada-Nya. 

Inilah yg seorang perempuan bergelar istri dan ibu hadapi.  Bersabarlah menerima kesan penggunaan kaedah perancang kehamilan yg ada. Sekiranya kesan mudarat berpanjangan, ambil tindakan utk merujuk drpd mereka yg pakar. Carilah alternatif utk yg terbaik utk diri kita kerana yg merasa kesannya adlh kita. Carilah yg sesuai dgn kemampuan poket kita.. :-)

Cuti Berpantang (tahamben)

23 September 2008,  jam 2:41pm aku selamat melahirkan anak pertama. Lelaki, 42cm pjg, 3.16kg. Slps tarikh itu bermula la aku cuti berpantang atau org Sarawak panggil tahamben. Pangalaman pertama mmg tidak akan ku lupakan – menjadi ibu, kena jaga kesihatan baby, kesihatan diri n x lupa juga kesihatan asben n family.

Saat bergelar ibu memang indah. Sblm melahirkan baby lg, aku banyak bertanya n penat memikirkan ubat apa yg nak dimakan sewaktu dlm berpantang. Org tua2 memang akan cadangkan ubat kampung, so aku beli. N risau nnt xdapat makan, aku beli jg ubat moden (Leesa Formula). Drpd mereka yg pernah menggunakannya, semua memberi feedback menyatakan ianya senang diambil sbb dalam bentuk kapsul, tertulis cara makan dan bila masa utk mengambilnya. Memang mudah + ringkas.

Slps habis masa berpantang, KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) memberikan aku pil perancang (Marvelon). Masalahnya, start je aku makan, aku mengalami menses (pendarahan) setiap hari apb aku makan pil. Habis satu paket sementara nak start makan paket ke2 jer baru darah berenti. Start makan paket ke2, aku menses lg sepanjang ambik pil. Darah keluar dgn banyak sehingga mukaku pucat. Oleh kerana xsedap hati, aku refer pd Doc di tempat kerjaku. Menurut Doc yg memeriksa, paras hormon dalam badanku dah cukup seimbang, pengambilan Marvelon menganggu keseimbangan itu. So, aku disarankan berenti ambik Marvelon. Aku diberi 2 pilihan. Samada nak tukar pil perancang jenama lain atau guna perancang kehamilan cara semulajadi.

Bagiku, aku pilih cara semulajadi. Ditambah pula aku mula mengambil semula maajun yg aku amalkan semasa sblm kawen dulu2 – yg aku gunakan utk redakan senggugut waktu menses. Cuma Doc menasihatkan agar aku hentikan pengambilan maajun sekiranya ingin pregnant lagi, memandangkan aku merancang mendapatkan anak sehingga 5 org kalau diizinkan. At least berenti makan maajun 3 bulan, then baru bleh pregnant smula. Alhamdulillah, dah memang rejeki jugak, sekarang aku mengandung anak ke2, dah 32 minggu. Tidak lama lagi aku bakal menimang cahaya mata ke2. InsyAllah.

Persediaan pantang ku, ubat tradisional + maajun yg ingin ku kongsi ngan para wanita yg baca ceta aku  nih. Maajun nya agak sedap, bau harum n harganya pun murah. Makan sikit jer 2 kali sehari (pagi + ptg) n minum air kosong segelas. Kesannya bleh dirasai kalau diamalkan selepas 4 ke 5 hari. Bagus utk mereka yg merancang menjarakkan kehamilan, memandangkan ia dikira “panas”. Ia juga melancarkan peredaran darah dan badan akan terasa ringan.

Sewaktu dalam pantang pula, makan kena berhati2 sbb masih menyusukan baby. Makan at least 2 jam sebelum menyusukan baby N minum banyak air kosong lps makan maajun. Risau akan ada effect pd baby sekiranya masa pengambilan maajun rapat dgn masa menyusukan baby. Cara lain pula, pam dulu susu badan, then baru makan maajun pun bleh diamalkan. Mudah kalau baby nak menyusu, TAPI, kalau baby nak saje hisap puting botol. Kalau yg pandai membezakan puting betol n puting botol, agak sukar la… :-)

SinggahDolok (bhs Sarawak) atau SinggahDulu utk cuba sendiri. Kalau dekat, SinggahDolok di umah kamek utk try sendiri rasa maajun ini. Salamz~singgah jgn sik singgah~

has abdullah (+6.013.829.5963)

Kpg Pang5 Seman Ulu, Petrajaya.Kch.Swk

Agen diapers x berjenama di Kuching

http://singgahdolok.wordpress.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.